Thursday, 24 November 2016

JANGAN BAGI HARAPAN KALAU TAK SUKA!

Assalamualaikum...

Okay hari ni aku nak tarik sikit perhatian korang dengan topik aku ni huhuhuhu.... Well, aku terfikir nak buat entry ni selepas dengar kisah sahabat aku. Tak perlu lah aku nak story terlalu detail kat sini tapi kiranya problem ni timbul selepas dia ingat kawan lelaki dia tu menaruh hati dengan dia, so sini aku letak diri aku kat pihak perempuan. Berbalik kepada masalah ssahabat aku tu, nasib baiklah member aku ni jenis yang cepat je recovered bila ada masalah, kiranya masalah macam ni dia mudah je lupakan pastu boleh pulak buat releks je bila berhadapan dengan kawan lelaki dia tu tapi cuba bayangkan kalau yang jenis susah nak move on ni?? Tak pasal-pasal nanti korang akan disenaraikan sebagai orang yang perlu dielakkan seumur hidup huhuhu... =P



Just nak bagitau korang kaum adam ni, tolonglah jangan terlalu baik kat perempuan acah-acah prihatin, ambil berat bagai, gentelman nak mampus, aku sejak dulu lagi tak berapa nak berkenan dengan orang yang gentelman ni sebab hotak aku akan dok fikir "Dia tak ikhlas tu" Ya Allah mengucap, mahapkan aku hahahaha... Bukan apa korang takut nanti perempuan tu perasan dan ingat korang suka kat dia. Perempuan ni pantang sangat orang ambil berat sikit mula lah perasan lelebih hahahaha....

Jangan sesekali terlebih baik dengan mereka, kalau niat korang just nak kawan dengan mereka tolong anggap mereka hanya sebagai kawan korang jangan nak terlebih layan dan baik. Kesian kot tengok bila tengok mereka keweca bila tahu yang sebenarnya korang hanya anggap dia sebagai kawan. Aku yang dengar ni pun rasa geram nasib baik hati aku kental, actually samalah halnya dengan kaum hawa kalau boleh tolonglah jangan buat macam tu juga kat kaum adam ni, kang kalau aku kat pihak perempuan je ada pulak yang kata aku tak adil hewhewhew... So untuk kaum hawa, tolong jangan nak layan sangat kalau ada kalangan rakan lelaki korang yang terlebih baik dan terlebih ambil berat kat korang, takut korang kecewa je nanti kalau tahu hakikatnya mereka hanya anggap korang sebagai kawan biasa je. Tak ke susah nak move on pastu belum lagi tahan malu nak berhadapan dengan mereka. So anggaplah ni sebagai peringatan termasuklah empunya badan ni huhuhuhu....  Okay bye, till then.

No comments:

Post a Comment